:: me ::

nur ZAREEDA daud dida
Female
14-05-1987 > Taurus
SMK seri keramat IIUM,Gombak LAW-AIKOL

Contact Me > Email
Blogskins > -blueskyx

.Craves

..Accessories
..Begs
..eat
..shoes!(More!!)
..Clothings(More!!)
..Contact Lens
..GUESS!!
..my CT collections
..shop till you drop!!!
..cam-craze!!
..sony
..Radio
..TV

xx CLICK XX

:: my friendster ::
:: radzi ::
:: afdlin shauki ::
:: muaturun ::
:: berita harian ::

.Those Memories

> April 2005
> May 2005
> June 2005
> July 2005
> August 2005
> October 2005
> November 2005
> May 2006
> June 2006
> July 2006
> August 2006
> September 2006
> October 2006
> November 2006
> December 2006
> February 2007
> March 2007
> May 2007
> September 2007
> October 2007

.Chit-Chat



.Thanks To

Designer: blueskyx* ladygalaxy*
Edit: Adobe Photoshop CS2*
Fonts: Dafont*
Brushes: JS* AS*
Host: Blogger* Photobucket*
Thanks: Blogskins*

:: bila mereka di sisi... ::
Sunday, July 02, 2006

salamzz..

sesungguhnya,merekalah yang memberi kekuatan kepada diriku.jika tiada mereka,maka sunyi dan gersanglah hidupku di muka bumi ini.tiada gelak tawa..tiada kasih mesra..merekalah sumber inspirasi..merekalah hiburan yang sebenar-benarnya bagi diriku...merekalah segalanya..
pernah dengar tentang kekuatan KELUARGA?itulah mereka..sebuah ikatan yang tidak mampu ditukar ganti dan dijual beli dengan wang ringgit..
tidak kisahlah jika kita dipinggirkan oleh orang lain,tidak kiralah kita melakukan apa jua,pasti keluarga juga yang akan berada di sisi kita..betul kan?
my family is my everthing..biar apa pun yang terjadi,mereka tetap yang ditangga teratas..biarpun kadangkala terasa hati,biarpun kadang kala menjeruk rasa..biarkan!biarkan itu semua!nyahkan ia!jangan biarkan rasa itu memakan diri!kerana..rasa perisa itulah yang menjadi rempah ratus dalam membina ukhuwah kekeluargaan yang paling ERAT sekali..yang membentuk kemesraan dan kebahagiaan sejati..
kaburkanlah awan hitam itu dengan senda gurau..bersihkanlah noda hitam itu dengan doa-doa yang mampu mengeratkan lagi hubungan suci ini..
renungkanlah..ramai lagi di luar sana yang tidak berkeluarga,yang tercari-cari dan termimpi-mimpi belaian kasih sayang ..yang tergapai-gapai menahan sesak mendengar cemuhan..dan yang meraba-raba dahan mana yang boleh dijadikan sandaran di kala kegelapan..
alangkah indahnya apabila selahirnya kita,ramai insan yang tersenyum lebar,berbaris di luar bilik bersalin bagaikan perbarisan di hari merdeka,menitis airmata syukur mereka pula dan segala keresahan semasa menanti keluarnya kita dari rahim ibu,lesap begitu saja apabila mendengar tangisan pertama si anak kecil..
aduh,tidak dapat aku bayangkan diri ini keseorangan tanpa keluarga di sisi. biarpun jauh beribu batu,pasti ku ingat setiap detik waktu yang berlalu.di kala keseorang,tiada lain yang bermain di minda..biarpun telah tiada di alam ini,pasti akan ku layangkan doa sebagai pelindungmu di alam sana. kenangan yang telah terpatri di sanubari ini,tidak mungkin akan terluput meskipun kau telah tiada di sisi..
biar pun kemeriahan menyelubungi,ketiadaanmu tetap dirasai..

pemergianmu tidak ku duga..
kehilanganmu meruntun jiwa..
walaupun dikau telah tiada..
peribadimu akan ku jadikan sandaran jiwa..
untuk generasi kini..
dan selamanya..


p/s: al-fatihah untuk atok haji..allahyarham a.rahman hj. said..
amiiinn..

yang pergi tetap pergi..tidak mungkin kan kembali..
kematian satu yang pasti..
tidak dapat mengerti,hanya menanti..
yang hidup tetap hidup..
teruskan perjuangan yang menanti...


ahh..baru seorang yang meninggalkan aku,sudah ku terasa kehilangannya..
selalunya dia di situ duduk bersantap..
selalunya dia di situ membaca surat khabar..
keratan-keratan akhbarnya masih lagi di situ...
koleksi kitab-kitabnya masih di situ..
ahh..
semuanya masih di situ...
biarpun jasadnya tiada..
namun,mataku seakan-akan ternampak lagi..
senyumannya..
aku seakan-akan terdengar..
gelak tawanya...nasihat-nasihatnya...
namun..
segalanya sudah hanya tinggal kenangan..
ya allah..
aku tidak sanggup...
untuk mengulangi detik itu..
detik menghantar jenazah..
ke liang lahad..
biar siapa pun orang itu...
aku tidak sanggup..
meskipun begitu...
semua itu rancangan-Mu..
aku redha...


bukan niatku untuk membangkitkan kesedihan,tetapi benar...
biarpun keceriaan yang terpancar di wajah semua ahli keluargaku,namun aku pasti,jauh di sudut hati mereka,pasti terselit kerinduan yang menggungung kepada arwah atok...
lebih-lebih lagi,atok mak..oleh sebab itulah,kami sebagai anak-anak,cucu-cucu..terlalu menjaga hatinya dan tidak mahu atok mak terasa akan kehilangan atok haji..
perasaan ini datang secara tiba-tiba..
mungkin kadang kala aku alpa..lupa dengan lumrah hidup..
manusia pasti akan merasai mati..
namun,pemergian atok haji cukup menyentakkan kami semua..
dan segala amalan-amalan,kebajikan,kemuliaan peribadinya pasti akan kami warisi..

8:35 AM