Contact Me > Email
"ahh!" farid fazrul menarik-narik rambut hitamnya sekuat-kuat hati. kekusutan yang dialaminya kini betul-betul sudah tidak mampu untuk ditanggung lagi.kalau nak diikutkan,mahu saja dia lari dari semua permasalahan ini.tapi,mana mungkin,kerana masalah ini datangnya dari dia sendiri!itulah orang tua-tua kata,jangan bermain api,kelak nanti membakar diri.namun,fikirannya bercelaru saat itu!apa mampu dia lakukan tatkala kemarahan merajai dirinya sehingga dia sendiri hampir-hampir tidak sedar dengan apa yang dia luahkan.
"ya allah..." luahnya perlahan.dia menekup wajahnya.farid fazrul masih lagi duduk berteleku di hujung katil sambil bingkai gambar dianza alea di dadanya.sudah berhari-hari dia terperuk di dalam biliknya itu dan berhari-hari jugalah dia menatap gambar itu.menyesali di atas perbuatannya sendiri.dia sudah habis ikhtiar.sudah habis fikiran.bagaimana dia mahu memohon maaf dengan gadis yang amat dicintainya itu.dia tidak sanggup kehilangan dianza alea!tak sanggup!
jika gadis itu dihadapannya kini,dia sanggup buat apa saja asalkan..asalkan gadis itu sanggup menerimanya kembali!apa saja!tapi bagaimana?dia sendiri tidak tahu di mana dianza alea berada.ahli keluarganya yang lain pun tak tahu!
tapi...mahukah dia dimaafkan?tak mungkin!kalau perkara ini terjadi pada dirinya pun,belum tentu dia akan memaafkan!
"dianza...maafkan saya..." rintih farid fazrul.perlahan-lahan airmatanya gugur.satu persatu.lama-lama semakin lebat.semakin mencurah-curah airmatanya keluar.
"abang..." sapa chempaka sambil mengusap lembut bahu abangnya.airmatanya juga turut melimpah melihat keadaan abang kesayangannya itu.dia sedar,keadaan yang terjadi ini semua berpunca dari abangnya.itu dia akui.
"abang..." chempaka memaut bahu abangnya.moga-moga dapat menenangkan lelaki itu.
farid fazrul memeluk kuat adiknya.semakin kuat tangisan mereka.
"abang...janganlah macam ni..." chempaka sudah kehabisan ayat mahu memujuk abangnya itu. sudah tidak tahu bagaimana lagi mahu memujuk lelaki itu.
"abang salah,chem!abang yang salah!" marah farid fazrul kepada dirinya sendiri sambil mengetuk-ngetuk kepalanya.
chempaka resah.itulah ayat yang sering disebut-sebut farid fazrul.selepas itu,pasti lelaki itu mengetuk-ngetuk kepalanya sendiri.
"abang...sudah,bang!sudah!" terkapai-kapai tangan chempaka menangkap tangan abangnya itu supaya menghentikan tindakannya.
"abang..ingat Allah,bang.." pinta chempaka sambil memegang kuat tangan farid fazrul.sendunya semakin kuat.sebelum dia naik tadi,mamanya yang mahu naik ke bilik farid fazrul.tapi,dia sendiri yang melarang.takut nanti mamanya susah hati melihat keadaan abangnya itu.mamanya itu pun bukannya sihat sangat.nanti tambah bercelaru pula fikiran orang tua itu.
perlahan-lahan chempaka melepaskan semula tangan farid fazrul selepas melihat lelaki itu sudah agak tenang.perlahan-lahan,dia menarik semula abangnya itu dalam dakapannya.tangisan mereka bersatu.