:: me ::

nur ZAREEDA daud dida
Female
14-05-1987 > Taurus
SMK seri keramat IIUM,Gombak LAW-AIKOL

Contact Me > Email
Blogskins > -blueskyx

.Craves

..Accessories
..Begs
..eat
..shoes!(More!!)
..Clothings(More!!)
..Contact Lens
..GUESS!!
..my CT collections
..shop till you drop!!!
..cam-craze!!
..sony
..Radio
..TV

xx CLICK XX

:: my friendster ::
:: radzi ::
:: afdlin shauki ::
:: muaturun ::
:: berita harian ::

.Those Memories

> April 2005
> May 2005
> June 2005
> July 2005
> August 2005
> October 2005
> November 2005
> May 2006
> June 2006
> July 2006
> August 2006
> September 2006
> October 2006
> November 2006
> December 2006
> February 2007
> March 2007
> May 2007
> September 2007
> October 2007

.Chit-Chat



.Thanks To

Designer: blueskyx* ladygalaxy*
Edit: Adobe Photoshop CS2*
Fonts: Dafont*
Brushes: JS* AS*
Host: Blogger* Photobucket*
Thanks: Blogskins*

~ErTi PeRtEmUaN...
Friday, May 20, 2005

pagi itu,seperti biasa dianza alea akan bersiap lebih awal untuk ke pejabat bagi mengelakkan kesesakan jalan raya.maklumlah,di kuala lumpur ni,kalau tidak keluar rumah sebelum pukul 7 pagi,jangan haraplah nak sampai ke pejabat sebelum pukul 9.kalau keluar selepas pukul 7,alamatnya 'punch card' merah la hari-hari.
"umi,lea dah nak keluar ni.." laung dianza alea kepada uminya yang berada di dapur. terkocoh-kocoh puan salmi melangkah ke muka pintu mendapatkan anak gadisnya.
"hah,baik-baik bawa kereta tu.." pesan umi sambil dianza alea tunduk menyalami tangan uminya.
"ok mem!" ujar dianza alea sambil meletakkan tangan kanannya di hujung dahi,lagak si askar menerima arahan gayanya.


sesampai sahaja dia di pejabat,hanya ada beberapa orang pekerja saja.Yang ada hanya nurul dan maisara saja.
"selamat pagi,cik alea." tegur maisara apabila dianza alea melewati mejanya.
"selamat pagi.err..mana pergi yang lain,sara? senyap je ofis ni.." soal dianza alea sambil melihat jam ditangannya.
"dah nak pukul 9 pun ramai yang belum datang lagi?" sambung dianza alea lagi sambil tangannya mengambil surat-surat yang dihulurkan oleh maisara. kepalanya tertinjau-tinjau ke bilik farid fazrul yang masih tidak berpenghuni.
"encik rangga ada dalam biliknya. encik taufiq pun. encik farid belum datang lagi. yang lain-lain saya tak tau.kejap lagi sampai la tu agaknya.." jawab maisara sambil tersengih-sengih memandangnya.
"assalamualaikum.." tegur satu suara dari belakang dianza alea.
"waalaikumussalam.." dia kenal sangat dengan suara itu. lalu,dia berpaling dan memberi senyuman yang paling manis kepada lelaki itu. kalaulah lelaki itu sudah sah menjadi suaminya,mahu saja dia tunduk menyalami tangan lelaki itu.
"oo..padanlah awak tersengih-sengih ya cik sara..." ujar dianza alea kepada maisara . tersenyum saja gadis itu.

apabila dianza alea mengambil langkah untuk ke biliknya,farid fazrul pun ikut sama menyaingi langkah gadis itu.
"cepatnya awak sampai. dah breakfast?"
"dah. awak?"
"saya belum breakfast la..jom!"
"jom ke mana?"
"temankan saya breakfast la.."
"kejap..saya letak beg dulu.."

masing-masing masuk ke bilik untuk meletakkan beg. beberapa minit kemudian,ketika dianza alea sedang hendak berpaling selepas menutup pintu biliknya..
"aduh!" dia menggosok-gosok kepalanya.
"sorry! tak sengaja!" jawab farid fazrul dengan senyuman yang cukup meresahkan jiwa dianza alea.
"awak ni,rul. sakit tau!" dia pura-pura merajuk.
"ala,ala baby saya ni..sakit ye?" farid fazrul turut mengusap kepala dianza alea. kemudian,satu ciuman lembut singgah di kepala gadis itu. dianza alea terpempan! serta-merta dia mendongak mencari wajah lelaki dihadapannya itu. farid fazrul hanya tersenyum. buat-buat tidak faham dengan reaksi dianza alea.
"rul..ni ofis. dan lagi satu,awak tu baru pegang title tunang,belum suami lagi.faham?" dianza alea menjeling. sengaja dia menekan perkataan tunang dan suami.selamba saja dia membalas walaupun dalam hatinya,100% gementar!
"dah hilang sakit?" soal farid fazrul tidak mahu mengalah.
dianza alea hanya diam. malas hendak melayan kerenah lelaki itu.
"ha!dah ok la tu! awak tau tak,kalau awak sakit,'itu' je lah ubat yang paling senang nak sembuhkan awak." ujar farid fazrul dengan suaranya yang ditahan-tahan hendak ketawa. mungkin suka melihat wajahnya yang sudah pasti sedang hangat menahan malu.
"dahlah. awak kata nak pergi breakfast. nanti tak sempat pulak! jom!" cepat-cepat dia melangkah menuju ke lif sebelum lelaki itu melalut entah ke mana lagi. perlahan-lahan senyuman terukir dibibirnya. hatinya bahagia!
farid fazrul hanya tersenyum kecil.dia berlari-lari anak mendapatkan dianza alea yang sudah berdiri di depan pintu lif. dia berdiri di sebelah gadis itu tanpa kata. dianza alea pula buat-buat seakan-akan tidak menyedari kehadiran lelaki itu.
tiba-tiba terasa tangannya hangat.kuat genggaman farid fazrul menggenggam jari-jemarinya.dia membalas genggaman itu. tanpa kata pun,dia sudah tahu,sedalam mana cinta dan kasihnya lelaki itu kepadanya. di dalam hati dia mengucapkan syukur kepad tuhan..

6:46 AM